Dua maut kemalangan di Tawau, Kota Kinabalu

30 Apr 2025 • 4:30 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seorang lelaki berusia 31 tahun terbunuh dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kunak-Tawau pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, kenderaan terlibat adalah sebuah lori lima-tan, dua pacuan empat roda (Mitsubishi Triton dan Toyota Hilux SR) dan sebuah Perodua Aruz, yang dinaiki mangsa maut.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Manakala, mangsa dari kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jemishin berkata, pihaknya mengerahkan sepasukan lapan anggota bersama dua jentera ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.54 tengah hari menerusi MERS999.

“Pasukan tiba di lokasi pada jarak 52 kilometer (km) pada jam 1.43 petang,” katanya, menambah operasi ditamatkan jam 2.42 petang selepas memastikan keadaan selamat dan tiada lagi bahaya lain di lokasi.

Di KOTA KINABALU, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan melanggar sebuah kereta berhampiran Mahkamah Syariah di Jalan Tun Fuad Stephen, pada Selasa.

Kereta itu dikatakan dalam perjalanan dari Jalan UMS menuju ke SK Likas apabila kemalangan jam 11.30 pagi itu berlaku.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda dalam satu kenyataan berkata, penunggang motosikal tersebut dipercayai melanggar bahagian kanan belakang kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 30-an.

Pegawai perubatan mengesahkan penunggang motosikal tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kasim menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dengan mengekalkan jarak selamat antara kenderaan, mematuhi peraturan lalu lintas dan memandu dengan berhemah, terutamanya di kawasan berisiko tinggi dan sesak.