4WD terjunam ke gaung kuari

22 Apr 2025 • 8:41 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Amir Anuar

TAWAU: Empat pekerja kuari nyaris maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dinaiki terbabas dan terjunam ke dalam gaung kuari di Kukusan, Jalan Tanjung Batu Laut, di sini, pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tawau Timbalan Penguasa Bomba II Jemishin Ujin berkata 4WD terbabit terbalik selepas terjatuh ke gaung sedalam tujuh meter itu.

“Semua mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan itu mengalami kecederaan, namun dikeluarkan dengan selamat oleh pekerja-pekerja kuari di lokasi kejadian,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan media menyebut bahawa kesemua mangsa berumur antara 31 hingga 46 tahun.

Media diberitahu, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 1.34 petang sebelum sepasukan bomba dari BBP Tawau dikerah ke lokasi berkenaan.

Pasukan bomba dengan kekuatan tujuh anggota dan diketuai Pegawai Bomba (PB) Usman Shahbudin selaku Komander Operasi tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

Sebaik tiba, rawatan awal segera diberikan kepada mangsa. Dua mangsa dihantar ke hospital oleh pihak bomba dan dua lagi menerusi ambulans.

Selepas memastikan keadaan terkawal, pasukan menamatkan operasi mereka pada jam 2.07 petang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved