Dua maut, lapan cedera dalam serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd

22 Oct 2026 • 4:57 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Dua maut, lapan cedera dalam serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd

RIYADH, 22 OKT: Dua individu maut manakala lapan lagi cedera dalam serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd di Dammam, timur Arab Saudi, petang semalam.

Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam Arab Saudi (GACA) mengesahkan mangsa yang terkorban masing-masing seorang warga tempatan dan seorang warga India.

Menurutnya, lapan lagi cedera dengan tahap kecederaan antara ringan hingga parah, membabitkan seorang warga Arab Saudi, masing-masing dua warga India, Yaman dan Bangladesh serta seorang warga Nepal.

Semua mangsa yang cedera kini menerima rawatan di beberapa hospital dan pusat perubatan khusus.

Susulan kejadian itu, GACA mengumumkan operasi penerbangan di lapangan terbang berkenaan kembali normal hari ini.

Pihak berkuasa turut bekerjasama dengan agensi keselamatan berkaitan bagi menilai kerosakan dan mengambil langkah sewajarnya untuk menjamin keselamatan penumpang serta kakitangan.

“Kami meneruskan usaha secara bersepadu dan melalui penyelarasan dengan agensi keselamatan berkaitan untuk menilai kerosakan serta mengambil semua langkah yang diperlukan bagi memastikan keselamatan penumpang dan kakitangan,” menurut kenyataan GACA.

Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd merupakan antara lapangan terbang terbesar di Arab Saudi dari segi keluasan dan menyediakan perkhidmatan kepada Wilayah Timur yang menempatkan kemudahan ekonomi, logistik serta hab utama industri tenaga.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved