Dua maut motosikal bertembung di Muar

LocalCars
10 Jan 2025 • 11:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dua lelaki maut selepas motosikal bertembung dalam kemalangan di persimpangan Jalan Kampung Gombang/Kampung Batu 28, Lenga pada Khamis.

MUAR - Dua lelaki maut selepas motosikal bertembung dalam kemalangan di persimpangan Jalan Kampung Gombang/Kampung Batu 28, Lenga di sini pada Khamis.

Dalam kejadian jam 5 petang, mangsa adalah warga emas, Md Isa Md Yasan, 69 dan seorang warga Indonesia, Abdul Hamid, 41.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kemalangan berlaku ketika warga Indonesia terbabit menunggang motosikal dalam perjalanan dari Lenga ke Gombang.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah motosikal ditunggang warga emas keluar dari simpang secara mengejut hingga berlaku pertembungan.

"Pertembungan itu menyebabkan warga emas terbabit maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved