Lelaki maut, seorang lagi parah van bertembung 4WD

LocalCars
10 Jan 2025 • 7:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim, Lagatah Toyos

SEMPORNA: Seorang lelaki maut apabila van Nissan Urvan yang dipandunya bertembung dengan sebuah Toyota Vigo di KM 51 Jalan Kalumpang, Semporna - Tawau, pada pagi Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman berkata, pihaknya mengeluarkan kedua-dua mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan Road Traffic Accident (RTA).

AdvertisementBagaimanapun, pemandu van, 40-an, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan, manakala pemandu pacuan empat roda (4WD), 38, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Semporna dengan ambulans untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, dalam kejadian itu, pemandu van dikatakan sedang menghala ke Tawau dari Semporna dan pemandu Vigo pula dari arah Tawau ke Semporna.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Terdahulu, sepasukan tujuh anggota BBP Semporna bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 7.32 pagi.

“Pasukan tiba di lokasi pada jarak 51 kilometer (KM) pada jam 8.07 pagi dan segera melakukan operasi mengeluarkan mangsa tersepit,” katanya dalam kenyataan media, Khamis.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Operasi ditamatkan pada jam 8.50 pagi selepas pasukan memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi.