Dua Maut, Seorang Cedera Dihempap Kren Arang Batu Di Tanjung Bin Power

13 Dec 2025 • 5:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Dua lelaki disahkan maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah kren yang sedang mengangkat arang batu runtuh di Tanjung Bin Power, Kukup, Johor tengah hari tadi.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Mahadir Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.01 tengah hari.

Menurut beliau, sebaik pasukan bomba tiba di lokasi, mereka mendapati sebuah kren telah runtuh dan menghempap tiga lelaki warga tempatan.

image is not available
Kredit gambar: Ihsan Bomba

“Salah seorang mangsa yang terperangkap berjaya dikeluarkan dalam keadaan cedera, manakala dua lagi mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, Mahadir memaklumkan kejadian tersebut turut menyebabkan berlakunya kebakaran kecil, namun api berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira jam 3.20 petang.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.