Dua maut, seorang parah kereta bertembung pacuan empat roda

10 Jul 2023 • 9:56 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BELURAN: Dua maut, manakala seorang warga emas cedera parah dalam kemalangan melibatkan pertembungan antara sebuah kereta dan pacuan empat roda di Jalan Telupid-Tongod, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Kasim Muda berkata mangsa yang maut berusia 40 dan 44 tahun, manakala mangsa parah berusia 62 tahun.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta tersebut cuba memotong kenderaan lain di hadapannya, tetapi gagal lalu bertembung dengan pacuan empat roda di laluan bertentangan.

“Akibat kemalangan itu pemandu dan penumpang kereta maut, manakala pemandu pacuan empat roda cedera parah dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved