Lelaki maut nahas tiga kenderaan

10 Jul 2023 • 6:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan salah sebuah kereta yang terbabit nahas libatkan tiga kenderaan di Jalan Kerdau,Temerloh pada Isnin.

image is not available
Keadaan kereta dipandu mangsa selepas terbabit nahas libatkan tiga kenderaan di Jalan Kerdau,Temerloh pada Isnin.

KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabit nahas libatkan tiga kenderaan di Jalan Kerdau, Temerloh pada Isnin.

Mangsa yang tersepit dalam kereta jenis Proton Satria disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pegawai Perhubungan of Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, wanita pemandu kereta jenis Proton Saga dan pemandu lori yang terlibat dalam nahas itu dilaporkan cedera.

Menurutnya, tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh ke lokasi untuk bantuan menyelamat selepas menerima laporan tentang kemalangan itu jam 2.10 petang.

"Mayat mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di sini menggunakan kenderaan EMRS bomba untuk menerima rawatan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved