Dua maut, seorang parah MPV bertembung bas persiaran

2 Nov 2026 • 5:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua maut, seorang parah MPV bertembung bas persiaran
Keadaan Perodua Alza selepas bertembung dengan bas persiaran di Jalan Raya Timur Barat, berhampiran R&R Banjaran Titiwangsa, Gerik.
Image from: Dua maut, seorang parah MPV bertembung bas persiaran
Ketiga-tiga mangsa yang merupakan warga tempatan ditemui tersepit di dalam Perodua Alza.
Image from: Dua maut, seorang parah MPV bertembung bas persiaran
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum dua daripadanya disahkan meninggal dunia oleh KKM.

GERIK - Dua maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan sebuah bas persiaran di Jalan Raya Timur Barat, selepas kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Banjaran Titiwangsa di sini pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.40 tengah hari sebelum jentera tiba di lokasi pada jam 2.50 petang.

Menurutnya, setiba di lokasi ketiga-tiga mangsa yang merupakan warga tempatan ditemui tersepit di dalam Perodua Alza.

"Mangsa lelaki berusia 64 tahun yang memandu kenderaan berkenaan dan seorang wanita berusia 58 tahun di tempat duduk penumpang hadapan disahkan meninggal dunia.

"Seorang lagi mangsa lelaki berusia 28 tahun yang berada di tempat duduk belakang pula mengalami kecederaan parah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

**media[3697475]**

Sabarodzi berkata, ketua operasi melakukan penilaian situasi sebelum mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat.

Katanya, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan sebelum dua mangsa yang berada di bahagian hadapan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurutnya, mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Gerik menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

**media[3697476]**

Sementara itu, beliau berkata, pemandu bas, dua pembantu serta 30 penumpang bas berkenaan terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

"Operasi menyelamat melibatkan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik serta BBP Jeli dengan bantuan enam anggota polis dan dua anggota KKM.

"Operasi dikawal pada jam 3 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 3.30 petang," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved