Dua mesin ATM sebuah bank di Setia Alam diletup penjenayah

23 Feb 2023 • 11:07 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota polis sedang menjalankan siasatan di lokasi rompakan.

image is not available
Anggota polis sedang menjalankan siasatan di lokasi rompakan sebuah bank di Setia Alam pada Khamis.

SHAH ALAM - Dua buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) diletupkan penjenayah dalam rompakan di sebuah bank di Setia Alam di sini awal pagi Khamis.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan lanjut masih dijalankan di lokasi kejadian.

**media[2103537]**

"Ada berlaku kejadian sebuah mesin ATM diletupkan penjenayah, siasatan lanjut masih dijalankan pihak polis.

"Perkembangan akan dikongsikan selepas ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved