Dua minggu tidak sedarkan diri selepas pembedahan, penyanyi Ibnor Riza meninggal dunia

Entertainment
17 Dec 2023 • 7:03 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PENYANYI terkenal 80an, Ibnor Riza dilaporkan meninggal dunia di Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM) pada jam 3.30 petang tadi.

Pemilik nama sebenar, Ibnor Riza Ibrahim sebelum itu dilaporkan menghidap kanser limfoma tahap empat.

image is not available

Allahyarham sebelum itu dilaporkan kritikal dan ditidurkan selepas menjalani pembedahan mengeluarkan air dalam kepalanya pada 2 Disember lalu.

Namun, pelantun lagu Berdiri Seorang Perindu yang berumur 62 tahun itu menghembuskan nafas terakhir selepas dua minggu bertarung nyawa.

image is not available

Dalam pada itu, isteri Allahyarham, Sarimah Sulaiman, 51, mengesahkan perkara tersebut kepada media dan memaklumkan jenazah suaminya berkemungkinan akan dikebumikan di Negeri Sembilan.

Khabar duka itu turut dikongsikan rakan artis yang juga penyanyi seangkatan, Salwa Abdul Rahman. Beliau jelas sangat terkesan dengan pemergian penyanyi legenda tersebut.

image is not available

“17.12.23. Sahabatku sudah tiada. Semoga arwah tenang dan damai di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” tulisnya.

Sekadar makluman, Allahyarham mula terbabit dalam bidang seni semenjak tahun 1984.

image is not available

Ketika itu, anak kelahiran Jempol , Negeri Sembilan menyertai pertandingan Bintang RTM. Selepas itu, beliau di lamar menjadi artis rakaman Sony Music Entertainment yang dahulunya dikenali sebagai CBS.

Untuk rekod, Ibnor Riza telah merakamkan 13 buah album sepanjang 23 tahun penglibatannya dalam bidang seni.

image is not available

Beliau yang sebelum itu bekerja sebagai kakitangan kerajaan pernah menerima anugerah platinum atas penjualan memberangsangkan album The Best of Ibnor Riza yang terjual sebanyak 25,000 unit.

Sumber : Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang