Penyanyi 80-an Ibnor Riza meninggal dunia

17 Dec 2023 • 6:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUALA LUMPUR: Penyanyi era 80-an Ibnor Riza Ibrahim meninggal dunia di Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 3.30 petang ini.

Berita pemergian pelantun lagu ‘Mimpi Yang Tak Sudah’ itu dimaklumkan rakan baik Allahyarham, Nizam Din menerusi satu hantaran di akaun Facebook.

Nizam yang dihubungi BERNAMA menyifatkan Ibnor Riza, 62, merupakan seorang anak seni yang sentiasa merendah diri dan disenangi dalam kalangan artis lama dan baharu serta peminatnya.

“Terlalu banyak kenangan saya bersama Allahyarham dari saya berumur 14 tahun hingga kini. Ibnor Riza yang saya kenal sangat kuat semangat walaupun diuji dengan pelbagai penyakit selain tidak lokek ilmu, malah suka berkongsi rezeki menyebabkan beliau disenangi ramai.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan salam takziah buat seluruh keluarga beliau,” katanya.

Pada 2 Dis lepas, media melaporkan penyanyi itu menjalani pembedahan di HCTM bagi membuang air pada bahagian kepala berikutan kanser limfoma selepas mengadu sakit kepala dan beliau tidak sedarkan diri selepas pembedahan dijalankan.