Dua Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini

LocalEnvironment
3 Jan 2026 • 10:36 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dua Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 1 pagi ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di Sabah dan Sabah diramal hujan termasuk seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Sarawak, kawasan yang dijangka hujan adalah Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah, Kapit (Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Bintulu dan Sebauh) dan Limbang.

“Sementara itu, di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar dan Kota Belud), Sandakan (Beluran) dan Kudat,” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://web.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02JrEt1hghgq23qe7dkFNG3epDiV7WKV53qqRjZ6wjCheZobE53dqqMARoSRGfJDdRl

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia