Dua Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Tengah Hari Ini

6 Mar 2026 • 9:41 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dua Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Tengah Hari Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua negeri sehingga jam 12 tengah hari ini.

Menurut kenyataan, beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah diramal hujan.

"Di Sarawak, kawasan yang terlibat adalah (Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya) dan Mukah (Matu, Dalat dan Mukah).

"Manakala di Sabah pula termasuk Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan)," maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.