
Amaran Hujan Lebat Di 8 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda lapan negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 7 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan berkata bahawa hujan lebat akan berlaku di seluruh negeri Perlis, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Di negeri Kedah, cuaca buruk melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim.
Selain itu, ia turut membabitkan kawasan di negeri Perak iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Manakala di Kelantan pula, hanya daerah Gua Musang yang terlibat.
Baca juga:Bagi Negeri Sembilan, daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau juga dijangka akan mengalami hujan lebat.
Beralih ke Sarawak, hujan lebat dijangka berlaku di Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
Manakala di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu).
"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.

