Dua Negeri Diramal Hujan Lebat Malam Ini

10 Mar 2026 • 5:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dua Negeri Diramal Hujan Lebat Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua negeri sehingga jam 9 malam ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri terlibat seperti Selangor dan Sarawak.

"Di Selangor, daerah yang terlibat adalah Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat

"Manakala di Sarawak pula melibatkan Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh)," maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.