
Amaran Hujan Berterusan Di 2 Negeri Hingga Esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan di dua negeri sehingga Rabu.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di negeri Sabah iaitu di daerah Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
Manakala, hujan berterusan tahap waspada pula diramal berlaku di negeri Sarawak.
Ia melibatkan daerah Kuching, Serian dan Samarahan.
Baca juga:Dalam pada itu, amaran waspada itu turut membabitkan Pantai Barat (Ranau) dan Tawau (Lahad Datu) di Sabah.
Susulan amaran ini, orang ramai yang berada di kawasan terlibat dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan tidak berada di kawasan yang berisiko.


