Dua parah akibat pergaduhan dua kumpulan, cemburu dipercayai punca

23 Jun 2026 • 9:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Dua parah akibat pergaduhan dua kumpulan, cemburu dipercayai punca

SHAH ALAM, 23 JUN: Dua lelaki parah selepas terlibat dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan yang dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu di Jalan Gapam, Bemban, Jasin tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.10 tengah malam di tepi jalan berhampiran sebuah perhentian bas.

Menurutnya, mangsa berusia 21 dan 28 tahun mengalami kecederaan serius dan kini menerima rawatan di Hospital Melaka.

"Mangsa dilaporkan masih tidak sedarkan diri akibat kecederaan yang dialami,” katanya dalam kenyataan, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pergaduhan itu berlaku dengan cara memukul serta menggunakan senjata dipercayai sebatang kayu.

Menurut Lee, kejadian dipercayai bermula apabila seorang remaja lelaki berusia 19 tahun didatangi beberapa lelaki yang meminta agar memulangkan beg duit milik seorang wanita sebelum berlaku pertengkaran.

“Seorang daripada mereka kemudian menampar remaja lelaki itu sebelum abangnya datang membantu sehingga tercetus pergaduhan antara kedua-dua kumpulan,” katanya.

Tambah beliau, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian merakam kelibat beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam insiden berkenaan.

Katanya, enam lelaki dipercayai terbabit dalam pergaduhan itu dan usaha mengesan serta menangkap semua suspek giat dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved