Dua Pasangan Suami Isteri Didakwa Simpan Harta Curi Milik Kieda Crepe

19 Jun 2024 • 8:49 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Dua pasangan suami isteri termasuk dua beradik didakwa secara bersama di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan menyimpan harta rompakan iaitu barang kemas seberat 247.65 gram milik seorang usahawan yang juga pempengaruh media sosial 'Keida Crepe', April Lepas.

Bagaimanapun tertuduh, Muhammad Ezwan Syafiq Joha, 27, Nurul Hidayah Mahat, 24, Endang Nur Nabila Suriana Mahat, 22, dan Muhammad Affizan Abdullah, 24, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama dengan curang menyimpan harta iaitu seutas gelang tangan, seutas rantai leher gantung, seutas rantai tangan dan seutas rantai leher yang keseluruhannya seberat 247.65 gm kepunyaan Siti Nur Khalida Yusra Mohd Jais melalui hasil rompakan berkumpulan.

Perbuatan itu didakwa di lakukan di sebuah rumah di Kampung Aman, Kepala Batas, Pulau Pinang jam 9 malam pada 25 April lepas.



















Sumber: Awani