Dua pegawai Imigresen didakwa rasuah, bersubahat seludup PTI

11 May 2023 • 4:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Dua pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di sini, pada Rabu atas pertuduhan rasuah dan bersubahat menyeludup keluar sembilan pandatang asing tanpa izin (PTI) melalui Lapangan Terbang Tawau, pada Mac lepas.

Rosmaini Sapar, 40, dan Elmin Salleh, 30, yang bertugas di Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Kaunter Lapangan Terbang Tawau (LTT), bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan masing-masing dibacakan di hadapan Hakim Jason Juga.

Rosmaini yang merupakan tertuduh pertama dalam kes itu didakwa menerima wang rasuah berjumlah RM4,500 daripada Rahmah Mobin, 48, di Bank Muamalat Cawangan Tawau, Kubota Square pada 22 Mac lalu.

Suapan itu adalah sebagai dorongan bagi melepaskan sembilan PTI yang menggunakan kad pengenalan individu lain untuk melalui kaunter pemeriksaan Imigresen 1

SPONSORED CONTENT VANZO X Marvel Series Car Vent Perfume: VANZO Car Perfume Brand Teams Up with Marvel for Disney's 100th Anniversary Celebration Kota Kinabalu: In honour of Disney's 100th anniversary, Marvel superheroes and VANZO have teamed up to launch a new "Superhero Scent" series of car perfume, “VANZO x Marvel Series Car Vent Perfume”. Read more LTT bagi menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) antara jam 8 hingga 9 pagi pada 23 Mac lalu.

Elmin iaitu tertuduh kedua pula didakwa bersubahat dengan Rosmaini dan menerima wang rasuah berjumlah RM4,500 pada masa, tarikh dan lokasi yang sama serta untuk tujuan yang sama.

Rosmaini didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Elmin pula didakwa mengikut Seksyen 28(1)(c) ASPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 16(a)(B) Akta sama atas kesalahan bersubahat dengan tertuduh pertama.

Mahkamah menetapkan 27 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan menawarkan jaminan RM10,000 dengan deposit RM5,000 ke atas kedua-dua tertuduh, serta syarat tambahan iaitu perlu melapor diri ke Pejabat SPRM Tawau dua bulan sekali.

Pasport antarabangsa mereka juga perlu diserahkan kepada mahkamah dan dilarang menggangu saksi pendakwaan sehingga kes selesai dibicarakan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nurul Izzati Sapifee, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Jhesseny P. Kang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.