Subahat guna dokumen palsu urusan pindah milik tanah

2 May 2023 • 9:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki kerana disyaki bersubahat dengan pegawai sebuah jabatan kerajaan dalam urusan pindah milik tanah seorang individu menggunakan dokumen palsu.

Suspek berusia 40 tahun itu ditahan pada jam 1.55 petang di pejabat SPRM Selangor di sini pada Selasa ketika diminta hadir memberikan keterangan.

Menurut sumber, kegiatan suspek terbongkar selepas waris pemilik tanah itu mengesahkan penama yang merupakan bapanya telah pun meninggal dunia dan tanah tersebut tidak pernah dipindah milik kepada mana-mana pihak.

"Suspek yang bekerja sendiri dipercayai bersubahat dengan seorang pegawai sebuah jabatan kerajaan di sebuah daerah di Selangor.

"Ini bagi urusan pindah milik tanah milik seorang individu yang telah meninggal dunia kepada seorang individu lain tanpa pengetahuan waris pemilik tanah berkenaan," katanya pada Selasa.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor esok (Rabu) pada jam 9 pagi untuk permohonan reman bagi membantu siasatan," jelasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved