Dua Pelaburan Mega Bernilai Bilion Dari Australia Bakal Masuk Ke Sarawak

9 Feb 2025 • 2:25 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dua projek ini melibatkan magnesium hijau dan hidrogen hijau

Dua Pelaburan Mega Bernilai Bilion Dari Australia Bakal Masuk Ke Sarawak. Dilaporkan, Sarawak semakin menjadi perhatian pelabur antarabangsa! Sarawak Australia Business Chamber (SABC) baru sahaja mengumumkan dua projek mega dari Australia yang bakal masuk ke negeri ini di mana satu melibatkan magnesium hijau dan satu lagi hidrogen hijau.

Menurut Presiden SABC, Rodger Chan Siong Boh, kedua-dua projek ini bernilai berbilion ringgit, menunjukkan keyakinan pelabur terhadap potensi Sarawak sebagai hab tenaga hijau di rantau ini.

image is not available
Dua Pelaburan Mega Bernilai Bilion Dari Australia Bakal Masuk Ke Sarawak. Sumber gambar: Utsuan Borneo

Pelabur besar dari luar negara

Perbincangan antara pemimpin persekutuan dan negeri dengan syarikat magnesium hijau dari Australia dan Sarawak dah pun berlangsung. Malah, gergasi perlombongan Australia, Fortescue, setuju melabur dalam tenaga alternatif hidrogen hijau di Bintulu!

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa persetujuan ini dicapai selepas pertemuannya dengan pengasas dan Pengerusi Eksekutif Fortescue, Andrew Forrest AO, di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland.

“Kerajaan Sarawak dah bersetuju, dan saya sendiri dah jamin beberapa insentif supaya Bintulu akan jadi hab utama untuk tenaga hijau ini,” kata PM Anwar.

image is not available
Sumber gambar: BERNAMA

Hubungan Malaysia-Australia semakin kukuh

Dalam acara Hari Australia di Kuala Lumpur baru-baru ni, pemimpin SABC, termasuk Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, turut berbincang dengan Pesuruhjaya Tinggi Australia dan pegawai perdagangan dari Australia Barat dan New South Wales untuk memperkukuh lagi kerjasama ekonomi antara dua negara.

Dengan pelaburan mega ini, Sarawak kini berada di landasan tepat untuk menjadi peneraju tenaga hijau di Asia Tenggara!

Lagi berita menarik buat anda di sini: