Tiga Projek Jambatan Mega Di Sarawak Dijangka Siap Tahun Ini

26 Jan 2025 • 3:59 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tiga projek jambatan mega bakal siap tahun 2025

Tiga Projek Jambatan Mega Di Sarawak Dijangka Siap Tahun Ini. Dilaporkan, Sarawak bakal menyaksikan penyempurnaan tiga projek jambatan mega tahun ini, menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Pengumuman ini dibuat semasa Persidangan Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Betong baru-baru ini.

Dalam ucapan beliau, Uggah berkata, “Saya dengan bangganya mengumumkan status terkini projek-projek ini, iaitu Jambatan Batang Lupar No. 1 sepanjang 4.8 kilometer yang dijangka siap pada 31 Disember 2025, Jambatan Sungai Lingga pada 11 Februari 2025, dan Jambatan Saribas (Pakej 02) pula dijangka selesai pada 18 Mei 2025.”

image is not available
Tiga Projek Jambatan Mega Di Sarawak Dijangka Siap Tahun Ini. Sumber foto: MalayMail

Berjaya merealisasikan projek-projek mega

Beliau turut menghargai kepimpinan cemerlang Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang berjaya merealisasikan projek-projek mega ini termasuk pembinaan STOL-Port Bebuling di Betong.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Tiga lagi projek jambatan tahun depan

Untuk tahun depan pula, Uggah berkongsi bahawa tiga lagi projek jambatan sedang berjalan dan dijangka siap pada tahun 2026.

Antaranya adalah Jambatan Batang Lupar No. 2 yang dijadualkan siap pada 8 Jun 2026, Jambatan Batang Saribas 2 (Pakej A4) pada suku ketiga 2026, dan Jambatan Sungai Krian di Saratok yang dijangka siap pada 23 April 2026.

Apa pandangan anda tentang pembangunan jambatan mega ini? Adakah ia bakal membawa impak besar kepada kawasan-kawasan tersebut?

Lagi berita semasa untuk anda di sini: