KUANTAN- Dua pelajar dikhuatiri lemas dipercayqi dihanyutkan arus ketika mandi di sungai Kampung Durian Hijau, Jerantut pada Jumaat.
Mangsa, Muhammad Amirul AshrafAbdullah dan Muhammad Danial Haikal Shamsudin, masing-masing berusia 14 tahun yang merupakanpelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 24.
Pegawai Perhubungan Awam.Jabatan.Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan awal dari orang awamberhubung kejadian jam 4.49 petang.
Menurutnya, berdasarkan maklumat diterima, dua remaja itudikhuartiri lemas di lokasi semasamandi bersama rakan-rakannya.
"Sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut ke lokasiuntuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"SAR akandibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Bukit Angin, Temerloh," katanya.
Zulfadli berkata, operasi SAR dimulakan.dengan pencarian di permukaan air di lokasi dengan bantuan orang kampung.
"Pasukan PPDA Bukit Angin ke lokasi bagi bantuan mencari dan menyelamat mangsa," katanya.
