Tragedi di Sook: Operasi cari kanak-kanak diteruskan

27 Mar 2026 • 4:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KENINGAU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kedua, Muhammad Aidan Ridwan, 10, yang dikhuatiri lemas, memasuki hari ketiga pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keningau, Severinus @ Mohd Nidzam Sinkui berkata pasukan SAR dari Balai Bomba Keningau bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta orang awam menjalankan pencarian di permukaan air bermula jam 9.30 pagi.

Bagi mempertingkat dan mengoptimumkan operasi, pasukan SAR dibahagikan kepada dua kumpulan taktikal.

Beliau berkata pasukan SAR pertama menumpukan pencarian dalam lingkungan satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Pasukan SAR kedua pula meluaskan skop pencarian sehingga radius lima kilometer, bermula dari Sungai Ansip dan mengikut laluan air menuju ke Sungai Melalap di Tenom.

Severinus berkata mangsa pertama yang dikenal pasti sebagai Fredoline Yariki, 60, iaitu datuk kepada kanak-kanak yang hilang itu, ditemui meninggal dunia pada Rabu.