Dua Pelajar Fakulti Perakaunan UiTM Berjaya Raih Tempat Kedua Dunia Dalam Peperiksaan ACCA!

9 May 2024 • 3:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengharumkan nama negara selepas berjaya mendapat tempat kedua di dunia dalam peperiksaan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

Nur Ilhan Nurina telah mendapat tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia dalam peperiksaan Audit and Assurance (ACCA).

image is not available

Muhammad Fawwaz pula berjaya memperoleh tempat pertama dan kedua dunia bagi Top ACCA FIA Prize Winner bagi kertas Management Information (MA1).

Kedua-dua pelajar tersebut masing-masing dari kampus Shah Alam dan Tapah, Perak.

Kejayaan konsisten pelajar ini memberikan impak positif, motivasi dan inspirasi kepada rakan seperjuangan, keluarga, fakulti, UiTM dan rakyat Malaysia secara amnya.”

image is not available

 

Sentiasa usaha hasilkan graduan ‘market ready’

Susulan itu, fakulti berkenaan juga ingin meningkatkan jumlah graduan professional dalam bidang perakaunan negara bagi mencapai aspirasi kerajaan menjelang 2030.

Sebagai fakulti yang terbesar di Malaysia dalam bidang perakaunan, Fakulti Perakaunan mendukung tanggungjawab yang signifikan, setiap tahun fakulti melahirkan lebih kurang 50 peratus graduan perakaunan dalam kalangan semua IPTA negara.”

image is not available

Fakulti Perakaunan juga sentiasa berusaha menghasilkan graduan perakaunan yang market-ready dan pencapaian ini membuatkan pihak fakulti akan memperluaskan peluang pengajian professional perakaunan bagi lepasan SPM di cawangan lain selain dari kampus Shah Alam.

image is not available 3 months ago

Malaysia Dan Singapura Dinobatkan Negara Asia Tenggara Paling Kurang 'Makan' Rasuah, Myanmar Tempat Pertama