Dua pelajar UiTM Rembau maut kemalangan

4 Jan 2026 • 10:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dua pelajar UiTM Rembau, Ismawanie Husna Ismail, 19 dan Nur Ain Zulaisya Zahrain, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

SEREMBAN - Dua pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Rembau di sini maut selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai terbabas sendiri di Kilometer 1 Jalan Chengkau-Panchang-Lubok Cina pada Ahad. 

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Hasani Hussain berkata, dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Ismawanie Husna Ismail, 19 dan Nur Ain Zulaisya Zahrain, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan pada bahagian kepala.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika masing-masing yang juga pelajar Diploma Pengurusan Maklumat serta Diploma Komunikasi dan Media dari arah UiTM Rembau menghala ke Pekan Lubok Cina dalam keadaan cuaca baik.

"Apabila tiba di jalan selekoh, motosikal Yamaha NVX yang ditunggang Ismawanie Husna dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi penghadang,” katanya dalam kenyataan paad Ahad. 

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama