Pelajar Universiti Meninggal Dunia Dirempuh Motosikal Di UiTM Kampus Machang

14 Dec 2025 • 11:16 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Seorang pelajar universiti meninggal dunia selepas dirempuh oleh sebuah motosikal pada petang Sabtu semalam di kawasan kampus Universiti Teknologi MARA cawangan Machang, Kelantan.

Menurut Sinar Harian, pelajar perempuan berusia 19 tahun itu telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku sekitar jam 6.20 petang semalam dan penunggang motosikal terbabit ketika kejadian sedang dalam perjalanan balik ke asrama dari arah pintu utama universiti.

image is not available

Seorang pejalan kaki telah dipercayai melintas jalan secara mengejut ketika motosikal berkenaan sedang mendaki bukit.

Ia kemudiannya menyebabkan penunggang motosikal itu mengelak ke kiri sebelum berlaku perlanggaran.

Akibatnya, pejalan kaki tersebut telah cedera pada bahagian kepala kerana mangsa terjatuh ke atas pembahagi jalan.

Kemalangan tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terkini, mangsa yang meninggal dunia juga dipercayai memakai earbuds ketika melintas jalan di kawasan kampus berkenaan, lapor Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian, Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved