Dua Pelajar Universiti Maut Terjatuh Dari Kondominium Sama Dalam Tempoh 24 Jam

21 Aug 2025 • 8:44 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dua pelajar universiti maut selepas terjatuh dari tempat tinggi di sebuah kondominium di Taman Melati, Kuala Lumpur semalam, lapor Berita Harian.

Kedua-dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) itu maut dalam dua kejadian berasingan dalam tempoh 24 jam.

Berdasarkan laporan, kejadian pertama berlaku sekitar jam 6.45 pagi di mana pelajar perempuan berusia 22 tahun dijumpai mati di laluan belakang kondominium, dipercayai terjatuh dari tingkat 22.

image is not available

Berlaku hari yang sama, pelajar universiti yang sama

Kejadian kedua pula berlaku sekitar jam 8.30 malam, juga di kondominium yang sama dan mangsa merupakan seorang pelajar lelaki berusia 21 tahun.

Menurut orang awam, penuntut lelaki berkenaan dipercayai jatuh dari tempat paling tinggi di kondominium itu yang mempunyai sebuah kafeteria.

Kedua-dua kejadian itu dilaporkan tidak mempunyai kaitan, walau bagaimanapun ia berlaku pada hari yang sama dan membabitkan pelajar universiti yang sama.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-15 11:38:15

Lelaki Maut Jatuh Tingkat 22 Selepas 'Check In' Dengan Tunang, Terjatuh Ketika Menyorok Di Balkoni