Dua Pelajar TAR UMT Maut Terjatuh Dari Kondominium

21 Aug 2025 • 9:51 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Pdrm

Dua penuntut Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) dilaporkan maut selepas dipercayai terjatuh dari tempat tinggi di sebuah kondominium di Taman Melati, Setapak, semalam.

Menurut laporan Kosmo, kedua-dua kejadian itu berlaku dalam tempoh hanya 24 jam, sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan keluarga mangsa serta masyarakat.

Polis sahkan, siasatan masih berjalan

image is not available

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail mengesahkan kejadian tersebut namun memaklumkan butiran lanjut akan dikongsikan melalui kenyataan media rasmi.

Kenyataan media akan menyusul dalam masa terdekat.

Bapa mangsa mahu kepastian

image is not available

Salah seorang mangsa dikenal pasti sebagai pelajar perempuan berusia 22 tahun. Bapanya, yang dikenali sebagai Jeff Ho, tampil membuat laporan polis selepas menerima berita mengejutkan itu.

Menurutnya, dia dimaklumkan oleh pihak pengurusan kondominium pada kira-kira jam 8.45 pagi bahawa anaknya meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 22 kediaman tersebut.

Saya dimaklumkan anak saya meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat 22. Dia penuntut sebuah universiti swasta di ibu negara.

Pssttt! Kehilangan orang tersayang secara mengejut adalah luka yang sukar dirawat. Hargai setiap masa bersama keluarga dan jangan lupa ambil peduli keadaan emosi mereka yang terdekat dengan kita.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.