Dua pelakon ditangkap khalwat bukan gimik promosi drama – Menteri Agama

11 Mar 2024 • 6:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menjelaskan tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menahan dua pelakon ditangkap khalwat bukan satu gimik untuk promosi drama.

Menurut laporan Berita Harian, beliau mendedahkan pihak penguat kuasa agama membuat serbuan selepas mendapat aduan daripada orang ketiga.

Dua pelakon ditangkap khalwat

image is not available

Tegasnya, JAWI tidak akan terlibat dalam sebarang gimik untuk mempromosikan drama yang dilakonkan oleh dua selebriti tersebut.

“Maksiat tetap maksiat, tak boleh dipromosikan. Tak timbul langsung pihak JAWI jadikan ini (tangkapan selebriti) itu sebagai gimik.

“Sebaliknya, JAWI laksana tindakan secara bebas dan adil. Khalwat adalah satu daripada kesalahan di bawah Kanun Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan,” katanya selepas merasmikan Bulan Wakaf Kebangsaaan 2024 – Wakaf Membangun Malaysia MADANI di sini, hari ini.

image is not available

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Datuk Selamat Paigo dan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Norliza Abdul Rahim.

Terdahulu, suami kepada pelakon Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah iaitu Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan hangat ramai apabila dilaporkan ditangkap khalwat bersama seorang pelakon wanita di sebuah kondominium di ibu negara, baru-baru ini.

Dua pelakon ditangkap khalwat

image is not available

Aliff dan Ruhainies juga ditahan JAWI untuk tujuan siasatan namun, dibebaskan dengan jaminan jam 2 petang pada hari yang sama. Bagaimanapun, dua selebriti tersebut akan didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat.

Untuk pengetahuan semua, Aliff dan Ruhainies terlibat dalam penggambaran dalam sebuah drama bertajuk Terjerat.

Sumber: Berita Harian (Mohd Nasaruddin Parzi)