’30 minit, bukan 3 jam’ – Ruhainies tegaskan dia hanya berkawan dengan Alif Aziz

11 Mar 2024 • 5:18 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Belum memberikan kenyataan rasmi mengenai dakwaan ditangkap khalwat, kedua-dua selebriti Ruhainies dan Aliff Aziz bagaimanapun hanya memberikan kenyataan melalui media sosial masing-masing.

Bagaimanapun menerusi satu laporan, Ruhainies menyatakan hubungannya dengan Aliff Aziz hanyalah kawan.

Katanya, hubungannya dengan Aliff adalah sebagai rakan artis sejak sekian lama dan kini menjalani penggambaran bersama-sama.

“Saya dan Aliff hanyalah kawan dan kami dah kenal satu sama lain sejak lebih 10 tahun lalu.

“Sekarang pun, kami berkawan dan selalu dilihat bersama kerana sedang menjalani penggambaran drama bersiri Jerat.

“Tapi, apa pun, saya akan jelaskan secara lebih terperinci dalam kenyataan rasmi nanti,” katanya.

Bukan tiga jam, tapi 30 minit

Dalam pada itu, dia turut menegaskan beberapa fakta yang tidak tepat berhubung dengan isu kontroversi baru-baru ini

“30 minit. Bukan tiga jam. Apa yang berlaku bukanlah seperti yang diuar-uarkan dan tak sampai tiga jam pun.

“Jadi, apabila benda tidak tepat dikeluarkan, lebih banyak spekulasi dibuat oleh orang ramai,” katanya.

Ruhainies turut mendakwa dia belum memberikan sebarang kenyataan dan segala yang dikeluarkan di mana-mana platform sebelum ini bukanlah kenyataannya. Katanya lagi, kenyataan rasmi akan dikeluarkan apabila tiba masanya nanti.

“Saya akan keluarkan kenyataan rasmi nanti. Saya tak mahu memberikan kenyataan bersifat terburu-buru kerana tidak mahu kenyataan saya ditokok tambah atau dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved