Dua Pelakon Kantoi Berc*molot Dalam Photobooth Di Sebuah Mall Di KL

Entertainment
22 Aug 2025 • 3:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dua pelakon popular kini menjadi tumpuan utama apabila mereka didakwa melakukan aksi tidak senonoh ketika mengambil gambar di photobooth dekat sebuah pusat beli-belah, Wangsa Walk, Kuala Lumpur.

Menurut pengirim kepada mStar Online, gambar intim aksi bercumbu mereka berdua dikatakan dijumpai secara tidak sengaja oleh orang awam setelah gambar mereka ditampal bersama pelanggan lain.

Bercium di pipi dan bibir

Difahamkan lagi, foto tersebut memaparkan aksi kedua-dua pelakon itu berpelukan mesra dan seperti bercium di bahagian pipi dan mulut.

“Waktu itu saya jalan-jalan dan sajalah nak tengok gambar-gambar yang ada di photobooth itu. Saya tengok semua gambar yang ada.”

“Lepas tu saya nampak gambar itu tertampal dekat dinding yang memaparkan gambar orang lain juga.”

Sumber yang terkejut apabila melihat pasangan itu meluahkan rasa kecewa terhadap artis berkenaan yang sepatutnya menunjukkan teladan baik kepada orang awam.

image is not available

“Saya terkejut kenapa sampai macam itu? Dia kan artis patut tunjuklah contoh yang baik.”

Dikhabarkan, kedua-dua pelakon itu bukanlah calang-calang orang, mereka dikatakan begitu aktif dalam dunia lakonan dan sedang mencuri perhatian orang ramai menerusi gandingan mereka dalam drama lakonan di televisyen.

Berdasarkan sumber lagi, pelakon lelaki tersebut merupakan bekas peserta pencarian bakat dan personaliti, sementara pelakon wanita itu berasal dari Sabah.

image is not available

Namun sumber menyatakan bahawa percintaan mereka tidak dihidu oleh mana-mana media mahupun peminat, tetapi berdasarkan aksi mereka, ia seolah-olah menunjukkan pasangan itu mempunyai hubungan istimewa dan serius.

Mereka juga dikatakan saling mengikuti di Instagram namun tidak pernah kongsi foto bersama.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.