
Dua Pelumba Muda Negara Raih Podium Di Final MiniGP Siri Dunia
Pelumba negara, Airel Marzuki berjaya meraih podium selepas menamatkan Perlumbaan 2 Final Mini GP d kategori 160cc dengan cemerlang.
Menurut hantaran FIM MiniGP Malaysia di Facebook, biarpun Airel bermula dari grid ke-16, namun beliau berjaya melakar kejayaan besar yang membanggakan negara.
Aksi cemerlang yang ditunjukkan pelumba berbakat negara itu menyaksikan beliau tiada masalah untuk mengakhiri perlumbaan di kelompok hadapan.
Ia sekaligus menyaksikan tempat ketiga menjadi miliknya selepas perlumbaan berkenaan tamat.
Kejayaan itu juga turut membuktikan Airel merupakan antara pelumba cilik tempatan yang mempunyai prospek yang cerah di masa hadapan.
Seorang lagi pelumba negara, Qabil Irfan turut menguasai perlumbaan
Dalam hantaran berbeza, seorang lagi pelumba negara, Qabil Irfan turut mencipta sensasi apabila bangkit memenangi podium dalam Super Final kategori 190cc.
Saingan Perlumbaan 1 dan 2 yang berlangsung dalam keadaan litar separa basah pada awalnya memberikan sedikit kesukaran untuk bersaing kepada pelumba negara itu.
Bagaimanapun, apabila Perlumbaan Super Final yang berlangsung dalam cuaca kering, Qabil berjaya memanfaatkan peluang itu untuk menguasai perlumbaan dan merebut tempat di podium.
Terdahulu Stadium Astro melaporkan, lima wakil negara termasuk juara dunia 160cc, Qabil Irfan Azlan, bakal berentap mencari pengisian podium di pentas Aragon, Sepanyol, menjelang FIM MiniGP Dunia.
Dalam masa sama, Qayyim Razin turut akan beraksi menerusi tiket juara MiniGP Indonesia kategori 190cc.
Menurut Stadium Astro, Qayyim ketika itu mengakui lebih terserlah dalam kategori 190cc dan merujuk kepada kesesuaian fizikalnya.
Sumber: FIM MiniGP Malaysia
The post Dua Pelumba Muda Negara Raih Podium Di Final MiniGP Siri Dunia appeared first on Siakap Keli.
