Dua Pemandu Bas Ditahan, Disyaki Miliki Syabu Di R&R Gua Musang

29 Jul 2026 • 1:11 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Dua Pemandu Bas Ditahan, Disyaki Miliki Syabu Di R&R Gua Musang

KOTA BHARU, 29 Julai (Bernama) — Dua pemandu bas ekspres ditahan polis selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu yang disembunyikan di bahagian belakang tempat duduk pemandu dalam satu operasi di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gua Musang, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kedua-dua lelaki tempatan berusia 39 dan 46 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang selepas pemeriksaan dijalankan ke atas sebuah bas ekspres serta dua individu dipercayai pemandu bas berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam bas membawa kepada penemuan bahan disyaki dadah jenis syabu yang disembunyikan di bahagian belakang tempat duduk pemandu.

“Polis turut merampas beberapa barangan lain dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM2,500,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kedua-dua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala saringan awal air kencing mendapati mereka negatif dadah.

The post Dua Pemandu Bas Ditahan, Disyaki Miliki Syabu Di R&R Gua Musang appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved