Op Crack: 7 pegawai Imigresen, polis antara 12 individu ditahan  subahat godam MyIMMs

LocalPolitics
29 Jul 2026 • 8:55 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Op Crack: 7 pegawai Imigresen, polis antara 12 individu ditahan  subahat godam MyIMMs

PUTRAJAYA:  Seramai tujuh pegawai imigresen dan seorang pegawai polis antara 12 individu ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki bersubahat menggodam Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) berkaitan proses permohonan serta kelulusan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara tidak sah.

Turut ditahan dua pengarah syarikat, tiga warga asing berkaitan proses permohonan serta kelulusan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara tidak sah.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati sindiket ini telah membayar wang rasuah antara RM1,000 hingga RM6,000 bagi setiap permohonan PLKS kepada pegawai-pegawai JIM kerana telah membantu dalam proses mendapatkan kelulusan PLKS tanpa mengikut prosedur yang sah.

Katanya, seramai 10 suspek lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 30 hingga 40-an telah ditahan antara pukul 2 hingga 5 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM dan JIM Pulau Pinang.

“Perintah reman selama tiga hari sehingga Jumaat ini terhadap lima suspek lelaki dan dua hari sehingga esok terhadap lima suspek lelaki serta dua suspek wanita.

“Ia dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi,” katanya.

Image from: Op Crack: 7 pegawai Imigresen, polis antara 12 individu ditahan  subahat godam MyIMMs
Antara wang tunai yang dirampas pihak SPRM

Semalam, SPRM melalui Bahagian Perisikan dengan kerjasama Bahagian Perisikan, JIM telah menjalankan operasi bersepadu di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Operasi tersebut turut dibantu oleh Cyber Security Malaysia (CSM), Telekom Malaysia, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Bahagian Forensik Teknologi (BFT) SPRM.

Dalam operasi tersebut, penggeledahan telah dijalankan melibatkan premis-premis syarikat dan juga JIM Pulau Pinang dan ibu pejabat JIM di Putrajaya.

Selain  itu, SPRM turut menyita harta alih seperti wang tunai bernilai RM186,360; wang tunai Singapore dollar SG$700 dan barangan kemas bernilai RM15,700.

Turut disita telefon bimbit, komputer riba serta alat elektronik yang dianggarkan bernilai  RM36,000.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) dan 16 (a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

 

 

The post Op Crack: 7 pegawai Imigresen, polis antara 12 individu ditahan  subahat godam MyIMMs appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved