Dua pemandu bas ekspres dicekup sorok syabu belakang tempat duduk

29 Jul 2026 • 9:01 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua pemandu bas ekspres dicekup sorok syabu belakang tempat duduk

GUA MUSANG – Dua pemandu bas ekspres dicekup selepas disyaki menyembunyikan syabu seberat 30.36 gram di belakang tempat duduk ketika kenderaan yang mereka naiki berhenti di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gua Musang di sini kelmarin.

Kedua-dua lelaki berusia 39 dan 46 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6 petang ketika sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang menjalankan operasi di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, beberapa barangan lain dengan nilai keseluruhan RM2,500 yang dipercayai mempunyai kaitan dalam kes itu turut dirampas.

“Ujian awal saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah dan mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Dua pemandu bas ekspres dicekup sorok syabu belakang tempat duduk appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved