
Kota Kinabalu: Dua lelaki dipenjara dan didenda sejumlah RM22,000, oleh Mahkamah Majistret, atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, tahun lalu.
Mohd Ekhwan Sitarin, 25, mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles melakukan kesalahan itu jam 1.50 pagi, 23 Feb lepas di Jalan Penampang Kota Kinabalu, di hadapan SMK Bahang.
Khoo Kai Ming, 41, turut mengaku bersalah terhadap Lovely kerana melakukan perbuatan sama jam 2.10 pagi, 4 Mac, di Jalan Bundusan, berhampiran kiosk Shell, Penampang.
Mereka masing-masing dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM11,000 atau empat bulan penjara.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Pertuduhan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan 2020) itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda antara RM10,000 dan RM30,000 dan tidak dibenarkan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang dua tahun dari tarikh sabitan.
Pegawai pendakwa trafik Inspektor Mohd Firdaus Che Mustafa memberitahu mahkamah bahawa kedua-duanya didapati melakukan kesalahan itu semasa sekatan jalan raya.
Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua Ekhwan dan Khoo hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tidak kurang dua tahun dari tarikh sabitan.
Sementara itu, seorang tukang cuci kereta berusia 38 tahun dijatuhi hukuman penjara 10 bulan kerana melupuskan dua cincin emas curi.
Alif Aliamat mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie atas pertuduhan melupuskan barang kemas curi kepunyaan Mark Parera di sebuah kedai Emas Sabategas Sinsuran, di sini, pada 11 Nov, 2023 jam 5.50 petang.
Alif didakwa di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Inspektor Suzie S.K. memberitahu mahkamah pada 9 Nov, jam 7.07 malam, laporan polis telah dibuat oleh pengadu apabila mendapati pintu rumahnya terbuka.
Apabila masuk ke dalam rumah, pengadu mendapati beberapa barang miliknya dicuri.
Barangan yang dicuri ialah sekeping medallion berbentuk cincin emas bernilai RM3,000 dan sebuah kotak berisi beberapa wang lama dari pelbagai negara.
Peguam Dilantik Lim Ming Zhoong, yang mewakili Alif, memohon hukuman ringan, kerana dia adalah pencari nafkah tunggal keluarganya dan mempunyai dua anak. Mahkamah memerintahkan Alif menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
