
TAWAU: Seorang warga emas yang juga pesara tentera dipenjara berjumlah lima hari dan didenda RM300 selepas mengaku salah melakukan ugutan jenayah terhadap dua anak perempuannya dalam pertuduhan berasingan, di Mahkamah Majistret, pada Jumaat.
Omar Baki Manan, 78, mengaku salah di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin terhadap kedua-dua pertuduhan ke atasnya, membabitkan anak kandungnya.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh menakutkan secara jenayah terhadap Rajurah, 26, dengan mengeluarkan kata-kata ugutan iaitu ‘diam ko di dapur, aku tendangmu terkeluar anak dalam perutmu’ sehingga mendatangkan ketakutan.
Bagi pertuduhan kedua, Omar Baki turut menakutkan secara jenayah terhadap Ramsia, 33, dengan mengeluarkan kata-kata ugutan iaitu ‘merayap ko kukerjakan dengan besi’sehingga mendatangkan ketakutan.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Felda Umas 4, Kalabakan jam 3 petang pada 2 Januari 2024.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga hari dan denda RM150 atau dua hari penjara ke atas Omar Baki bagi pertuduhan pertama, dan penjara dua hari dan denda RM150 atau dua hari penjara, jika gagal bayar bagi pertuduhan kedua.
Hukuman berjalan bermula tarikh tangkap pada 10 Januari 2024.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan ASP Jeffrey Kadisun, manakala, tertuduh diwakili Jhassary P. Kang.
Terdahulu, Jhassary memohon mahkamah menjatuhkan hukuman paling rendah terhadap tertuduh memandangkan tertuduh tidak bekerja dan merupakan warga emas tanpa pendapatan.
Tertuduh adalah pesara tentera dan kini mencari rezeki sebagai peneroka Felda.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
