
Kota Kinabalu: Dua lelaki dipenjara sehari dan didenda RM22,000, masing-masing, oleh Mahkamah Trafik di sini pada Rabu atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.
Justin Joutin, 29, dan Joseph Sabinus, 27, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali dan Stephanie Sherron Abbie kerana melakukan kesalahan itu.
Justin dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM12,000 kerana melakukan kesalahan itu pukul 12.30 tengah malam pada 11 Feb, 2023 di Jalan Bundusan di hadapan stesen minyak Petron, Penampang.
Joseph dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 atau tiga bulan penjara atas kesalahan yang dilakukan pukul 1.50 pagi pada 15 Okt, 2022 di Jalan Lintas Kopungit, di sini.
SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Justin dan Joseph merayu hukuman ringan. Majistret memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara sehari berkuat kuasa Rabu.
Kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda antara RM10,000 dan RM30,000 serta hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu lesen tidak kurang daripada dua tahun dari tarikh sabitan.
Sementara itu, seorang lelaki berusia 24 tahun didenda RM5,000 atau seminggu penjara kerana mempamerkan nombor plat pada motosikalnya yang bukan milik mesin itu.
Mohd Hairul Hapid mengaku di hadapan Stephanie melakukan kesalahan itu jam 11.15 malam pada 17 Sept, 2022 di lampu isyarat Jalan Tun Razak di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 dan RM20,000 atau penjara antara setahun dan lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pegawai pendakwa trafik Inspektor Mohammad Khairul Nizam Mokhtar dan Inspektor Mohd Firdaus Che Mustafa melakukan pendakwaan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
