
TAWAU: Dua lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol masing-masing dipenjara dua hari dan didenda RM11, 500 dan RM11, 000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda, setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu.
Kedua-dua tertuduh, Edi Manja, 29, dan Nadzmer Najer, 33, turut didenda RM500 atau tiga hari penjara, dan denda RM300 atau tiga hari penjara bagi kesalahan memandu tanpa lesen serta kenderaan tidak diliputi insuran.
Edi dan Nadzmer dijatuhkan hukuman tersebut oleh Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin selepas mereka mengaku bersalah melakukan kesalahan berkenaan di Jalan Chong Thien Vun, jam 11.50 malam pada 16 November 2024 dan jam 12.45 pagi pada 17 November 2024.
Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam turut diperintahkan mahkamah, hilang kelayakan memegang lesen memandu selama dua tahun.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Kota Kinabalu: Sabah Deepwater Production Manager at Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC), Musti Juin from Kuala Penyu was recently awarded the 2024 PETRONAS Malaysia Upstream Unsung Hero Award in recognition for his strategic leadership and exceptional Health, Safety, Security and Environment (HSSE) performance. Read more Edi yang memandu Perodua Myvi didapati memandu dalam keadaan mabuk apabila didapati 108 miligram (ml) etil alkohol dalam 100 ml darah iaitu melebihi had dibenarkan iaitu 50 ml etil alkohol dalam 100ml darah, selepas ujian pernafasan dijalankan terhadapnya dengan menggunakan alat EBA II.
Manakala, Nadzmer yang memandu kereta jenis Perodua Alza, didapati melakukan kesalahan sama apabila didapati 84 mil etil alkohol dalam 100 ml darah, yang melebihi had dibenarkan.
Berdasarkan fakta kes, kedua-dua tertuduh ditahan semasa Ops Bersepadu Dalaman (Ops Mabuk) dalam sekatan jalan raya di Jalan Chong Thien Vun pada 17 November 2024 oleh sepasukan enam anggota trafik, diketuai ASP Jafri Abdul Hamid, dibantu anggota MPV dan URB.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 2020), Seksyen 26 (1) APJ 1987 (Akta 333/87) dan Seksyen 90 (1) Akta APJ 1987.
Pegawai Pendakwa Trafik, ASP Joan Lee, tampil menjalankan pendakwaan.



