
TAWAU: Dua pemburu yang hilang ketika keluar memburu bersama lapan yang lain di Ladang Usahawan Borneo, dekat Brumas sejak 24 Jun lalu, ditemukan selamat pada SAR hari ke-sembilan, Jumaat.
Kedua-dua mangsa disedari hilang di hutan itu sekitar dua minggu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, mangsa yang dikenali sebagai Iwan Musakir, 33, dan anak saudaranya, Al Fajri Anto, 11, ditemui orang awam sekitar jam 9 pagi.
Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Dewan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) untuk disatukan dengan keluarga mereka.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Pasukan Bomba menjalankan pemeriksaan terhadap mangsa bagi memastikan mereka dalam keadaan baik,” katanya sambil berkata, operasi itu ditamatkan jam 1 petang.
Jemishin berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ke-sembilan diteruskan pada Jumaat selepas SAR ke-lapan ditangguhkan jam 6 petang pada Khamis yang masih gagal menemui mangsa meskipun radius pencarian diperluaskan sehingga tujuh kilometer.
Katanya, keadaan berbukit menyukarkan pencarian pasukan SAR terdiri daripada bomba (enam orang diketuai PBK II Roslie Suyut), polis (13 orang), Pasukan Gerakan Am (PGA) 12 orang, Angkatan Pertahanan Awam (empat orang), Jabatan Perhutanan (16 orang) dan Sapura (tiga orang) serta orang awam.
Pada 29 Jun lalu, SAR dilancarkan selepas BBP Tawau menerima panggilan daripada polis berhubung kejadian itu pada jam 8.56 pagi.
Jemishin berkata, kedua-dua mangsa dikhuatiri hilang di hutan ketika menjalankan aktiviti memburu sejak 24 Jun lalu di kawasan hutan berhampiran Ladang Op 6 Usahawan Borneo Brumas.
“Mangsa keluar memburu secara berkumpulan seramai lapan orang lelaki sebelum mereka berpecah kepada beberapa kumpulan ketika di dalam hutan. “Usaha mencari digerakkan oleh rakan-rakannya namun gagal menemukan kedua-dua lelaki itu,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

