Dua pemuda dikhuatiri lemas di Pantai Batu Layar

21 Jul 2024 • 12:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dua pemuda dikhuatiri lemas ketika sedang mandi di Pantai Batu Layar, Bandar Penawar, pagi Ahad.

image is not available
Operasi mencari dan menyelamat dua pemuda yang dikhuatiri lemas di Pantai Batu Layar, Bandar Penawar pada Ahad.

KOTA TINGGI - Dua lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang mandi di Pantai Batu Layar, Bandar Penawar di sini, pagi Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai, Mohammad Saifulizam Mohd Rofi berkata, panggilan berhubung kejadian diterima pada jam 9.38 pagi.

**media[2734089]**

Katanya, enam anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat.

"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar dua lelaki dewasa berumur dalam lingkungan 20-an, lemas semasa mandi di Pantai Batu Layar.

"Jarak dari persisiran pantai dengan lokasi mangsa dilaporkan lemas dianggarkan lebih kurang lima kilometer (km)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, operasi masih dijalankan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan.