Dua pemuda Thailand dituduh bunuh anggota risik APMM

5 Nov 2026 • 2:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua pemuda Thailand dituduh bunuh anggota risik APMM

KANGAR – Dua pemuda warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang anggota risik Maritim Malaysia (APMM) ketika operasi membanteras penyeludupan migran di perairan Sungai Padang, dekat Kuala Perlis minggu lalu.

Kedua-dua tertuduh, Pradit Rimat, 22, dan Rotchahan Tehpuyu, 21, yang berasal dari Wilayah Satun, Thailand hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki itu didakwa secara bersama mencapai niat melakukan pembunuhan terhadap Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, 41, yang bertugas di Unit Perisikan Ibu Pejabat Maritim Kedah dan Perlis.

Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Padang antara pukul 11 malam, 26 Oktober hingga 1.30 pagi, 27 Oktober lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sekurang-kurangnya 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya APMM, Wirna Arifin dan Kamaliza Md. Zain, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen termasuk laporan kimia dan bedah siasat.- KOSMO! ONLINE

The post Dua pemuda Thailand dituduh bunuh anggota risik APMM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved