Dua pengarah ditahan kes pecah amanah dana syarikat RM500,000

31 May 2023 • 5:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suspek palsu dokumen dan pecah amanah ketika ditahan SPRM pada Rabu.

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu membabitkan dua pengarah dan seorang pekerja syarikat swasta kerana disyaki memalsukan dokumen.

Sumber berkata, selain memalsukan dokumen, mereka juga dipercayai melakukan pecah amanah sehingga mengakibatkan kerugian dana syarikat berjumlah RM500,000.

Kata sumber, suspek dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 40 hingga 60-an itu ditahan di Shah Alam antara jam 5 petang hingga 9 malam semalam.

"Suspek disyaki bertindak memanipulasi dokumen dan membuat invois palsu sehingga menyebabkan syarikat tersebut mengalami kerugian dalam penjualan produk sarung tangan kepada sebuah syarikat pembeli," katanya pada Rabu.

Sementara itu, Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman telah membenarkan ketiga-tiga suspek direman selama dua hari bermula hari ini sehingga 1 Jun, selepas pihak SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi ini.

Dalam pada itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved