Dua Pensijilan Baharu Ditambah Untuk Program Gemilang Anjuran Google Malaysia

TechnologyDigital
10 Jul 2023 • 9:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebanyak dua sijil kerjaya Google baharu iaitu Perisikan Perniagaan dan Analisis Data Lanjutan telah diumumkan dalam usaha melonjakkan lagi perkhidmatan digital di Malaysia. Sijil ini dirangka berdasarkan kemahiran asas daripada program Sijil Analisis Data Google. Seterusnya memberi peluang kepada orang ramai meningkatkan kemahiran teknikal dengan alatan seperti Big Query, Python dan SQL.

image is not available
Gambar – Google

Ia juga merupakan sebahagian daripada program Gemilang dilancarkan oleh Google pada 2022 yang terbuka secara percuma kepada lebih 30,000 peserta. Program yang turut dibiayai beberapa rakan kongsi tempatan tersebut turut menawarkan peluang kepada golongan belia, kaum wanita dan komuniti yang terabai bagi mendapatkan kerja dalam bidang teknologi khususnya, di samping meningkatkan kemahiran sedia ada.

image is not available
Gambar – Program Gemilang, 2022

Berbalik semula kepada dua sijil kerjaya baharu yang diumumkan sebenarnya orang ramai boleh mengambil pelbagai kemudahan dan faedah yang disediakan. Misalnya seperti Sijil Perisikan Perniagaan Google yang akan menyediakan peluang pekerjaan yang terdiri daripada penganalisis risikan perniagaan dan jurutera risikan perniagaan dalam masa kurang dari dua bulan.

Sementara itu Sijil Analisis Data Lanjutan Google pula menggalakkan lebih ramai orang menceburi bidang penganalisis data kanan dan saintis data muda, di mana Google menyediakan peluang pekerjaan untuknya dalam tempoh kurang dari enam bulan.