Kecewa pakaian nampak cantik di model tapi tak pada anda? Google ada solusinya

DigitalDesign
15 Jun 2023 • 11:04 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Google mengumumkan mereka memperkenalkan dua fungsi baharu pada enjin carian mereka yang jadikan beli-belah pakaian jadi sangat tersuai. Kajian menunjukkan yang 59% pengguna dalam talian rasakan baju yang mereka beli tak secantik seperti model yang menggayakannya dan mereka rasa tertipu. Bagi menangani isu tersebut, Google memperkenalkan ciri bilik acu maya yang memaparkan pelbagai model dalam pelbagai bentuk badan menggayakan baju yang anda minat.

Menggunakan teknologi AI setiap carian baju akan dipersembahkan dengan model manusia janaan kecerdasan buatan daripada saiz terkecil hinggalah kepada saiz yang terbesar. Jadi, anda boleh jangkakan bagaimanakah rupa baju itu bila anda memakainya berdasarkan model yang terhampir dengan bentuk badan anda.

Tidak terhad kepada bentuk badan, Google juga menjana model dalam pelbagai warna kulit, gaya rambut, dan etnik.

Satu lagi ciri baharu yang diperkenalkan adalah kemampuan Google mencari produk yang hampir sama rekaan, rekaan sama tapi warna berlainan, malahan harga yang lebih murahpun boleh.

Sebelum anda bergegas ke Google, ciri menarik ini setakat artikel ditulis hanya tersedia untuk pengguna A.S sahaja. Lambat laun ia akan tersdia jua untuk kita di Malaysia.