Dua penunggang motosikal maut dalam tempoh 24 jam

26 May 2025 • 9:21 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

Kota Kinabalu: Dua penunggang motosikal terbunuh dalam dua kemalangan berasingan di sini dalam tempoh 24 jam, di sini, Ahad.

Di TUARAN, seorang penunggang motosikal maut selepas terperosok di bawah lori kontena dalam kemalangan di Jalan 7 KKIP Timur dekat sebuah kilang solar, Ahad.

Dalam nahas jam 11.05 pagi itu, mangsa berusia 32 tahun itu dilaporkan meninggal dunia akibat cedera parah pada bahagian kepala dan badan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 11.12 pagi.

Katanya, seramai sepuluh anggota bergegas ke lokasi kejadian dengan satu jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat satu mangsa tersepit di bawah kenderaan lori kontena 10 tan dan bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dihantar ke hospital bagi menerima tindakan lanjut.

“Pasukan bomba turut memeriksa keadaan kedua-dua kenderaan dan sekitar lokasi bagi memastikan tiada punca bahaya lain,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Agustavia, pasukan bomba dari BBP Lintas turut dibantu pasukan bomba dari BBP Kota Kinabalu seramai 14 anggota dengan sebuah jentera dan EMRS.

“Punca kejadian masih dalam siasatan manakala operasi ditamatkan jam 12.37 tengah hari,” ujarnya.

Di PENAMPANG, seorang lelaki berusia 42 tahun maut selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah kereta berhampiran Kg Meruntum di Jalan Kota Kinabalu – Papar, Putatan, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Penampang Supt Sammy Newton berkata siasatan awal mendapati motosikal itu disyaki bergerak melawan arus dari arah Kinarut menuju ke Putatan ketika kemalangan berlaku kira-kira jam 4.20 pagi.

Kereta terbabit dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun dari arah Petagas menuju ke Papar.

Penunggang motosikal itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar untuk bedah siasat.

Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke balai polis bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Amrin Mohamad Arif di 017-6638278.

Dalam pada itu, Sammy mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada ketika memandu dan merayu orang awam agar tidak berkongsi gambar atau video kemalangan di media sosial sebagai tanda hormat kepada keluarga mangsa.