Dua PPR akan dibangunkan di Selangor

21 Nov 2024 • 5:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dua projek Program Perumahan Rakyat (PPR) bakal dibangunkan dalam usaha membantu menyediakan tempat tinggal bagi golongan B40 di Selangor. Gambar hiasan

image is not available
Borhan Aman Shah

SHAH ALAM - Dua projek Program Perumahan Rakyat (PPR) bakal dibangunkan dalam usaha membantu menyediakan tempat tinggal bagi golongan B40 di Selangor.

Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, Datuk Borhan Aman Shah berkata, dua projek itu dirancang dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menurutnya, projek tersebut akan dibina di Kampung Dato Ahmad Razali, Sepang dan Bestari Jaya, Kuala Selangor dan masing-masing telah diluluskan pada 2023 dan 2024.

"Bagi PPR Kampung Dato Ahmad Razali, ia melibatkan pembinaan 200 unit rumah di atas tanah milik Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

**media[2897494]**

"Manakala 245 rumah akan dibina di PPR Harmoni Madani, Bestari Jaya di atas tanah milikan asal Berjayacity Sdn Bhd yang diserahkan kepada kerajaan negeri sebagai tanah kerajaan," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini pada Khamis.

Borhan berkata demikian menjawab pertanyaan S Preakas (PH-Kota Kemuning) mengenai perancangan kerajaan negeri untuk menambah rumah PPR bagi golongan B40.

Borhan menambah, bagi PPR Harmoni Madani, pemberi milikan tanah akan dibuat kepada LPHS dengan Perbadanan PR1MA Malaysia dilantik sebagai agensi pelaksana.