Dua Projek Jalan, Miri-Marudi-Mulu Dan Long Panai-Long Lama Bakal Siap Pada 2029

12 Nov 2024 • 4:18 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

RM3.8 Bilion Diperuntukkan untuk Projek Jalan Penghubung Utama di Sarawak

Dua Projek Jalan, Miri-Marudi-Mulu Dan Long Panai-Long Lama Bakal Siap Pada 2029. Projek pembinaan jalan penghubung yang menghubungkan Miri-Marudi-Mulu, Long Panai-Long Lama akan bermula pada suku ketiga tahun 2025 dengan anggaran kos sebanyak RM3.8 bilion.

Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan, Datuk Ir. Aidel Lariwoo, menyatakan bahawa tender bagi projek ini dijangka dibuka pada suku pertama 2025.

image is not available

Projek ini juga melibatkan 23 buah jambatan

Projek ini akan melibatkan dua bahagian utama kerja. Pertama, pembinaan dan naik taraf jalan Jabatan Kerja Raya (JKR) standard R5 sepanjang 42 kilometer dari Simpang Eastwood di Miri hingga ke Marudi.

Kedua, pembinaan dan naik taraf jalan JKR standard R3 sepanjang 100 kilometer dari Marudi ke Kuala Melinau dan dari Long Panai ke Long Lama. Projek ini juga melibatkan pembinaan sebanyak 23 buah jambatan bagi memudahkan aliran lalu lintas di kawasan tersebut.

Menurut Aidel, tempoh keseluruhan bagi pelaksanaan projek ini adalah selama 48 bulan dan dijangka siap pada tahun 2029.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved